Aku bukanlah berani sangat tapi aku bukanlah penakut sangat.
Aku bukanlah percaya sangat tapi aku tak menafikannya.
Kita pon tak digalakkan terlalu percaya dengan mende2 ghaib ni tapi kita kena percaya yang ada makhluk lain selain kita yang tinggal kt atas bumi Allah ni.
Semua kejadian yang bakal aku cerita ni memang pernah terjadi sendiri pada diri aku and also to some people yang related dengan aku.
Believe it or not~hihihihihihihihihi(bajet nak lebih scary la kan~)
Kisah Satu
Alkisahnya aku tengah melepak seorang diri dalam bilik rumah lama aku dekat Cheras dulu.
Bilik aku ni sebelah je dengan dapur rumah aku and memang paling belakang la.
Then suddenly aku terdengar,
"Aiza~Aiza~"
Aku dah agak pelik sebab aku boleh dengar suara orang memanggil aku betul2 dari belakang rumah aku and dah kate belakang kan, memang gelap gelita and memang tak ada sape lalu la mase tu.
Satu kepelikan lagi, mana la ada orang2 kawasan perumahan aku tu panggil aku Aiza.
Tapi tak pe, untuk kepastian, aku pon pergi ke belakang and mengintai2 kot2 la ada orang.
Tapi memang tak de la kan. Sunyi jek.
Aku pon tanya mak aku yang kebetulan dalam dapur masa tu, ada tak orang cari aku.
Mak aku cakap, sapa pulak berani nak jalan malam2 kat jalan belakang ni?
Then aku yang memang penuh kepelikan, masuk balik ke bilik aku.
Sekali lagi aku dengar,
"Aiza~Aiza"
Hisssyyhhh~tak boleh jadi ni!! Aku pon cepat2 ke ruang tamu dan buat bodo jek.
Ape tu?? Jangan tanya aku!!! Mana la aku tau!!
Kisah Dua
Kampung aku di Pengkalan Hulu,Perak ada "jiran hadapan" yang memang tak pernah pindah!!
Untuk pengetahuan korang, kampung aku ni betul2 berhadapan dengan kawasan perkuburan Cina yang amat2 la luasnya.
Then tengah kawasan kubur ni,ada satu jalan kecik yang sangat tinggi yang boleh teros sampai ke kampung lain. Kira jalan shortcut la.
Until this one day, aku yang tak pernah2 lalu situ, tiba2 nak lalu dengan cousin aku ni.
Kteorang naek moto.
Dengan beraninya,lalu la kan jalan sempit and berbukit tu.
Tiba2, betul2 sampai pertengahan kawasan kubur, motor mati secara tiba2.
Try2 hidupkan, memang tak nak jugak!
Muka da cuak, memang kteorang dua je mase tu.
Terus kteorang tolak motor tu sampai dekat2 peghujung kubur.
Suddenly, bila dah sampai hujung, boleh pulak motor tu start dengan sekali try jek.
Aku pandang cousin aku, cousin aku pandang aku balik.
Caboooottttt~
Esoknya, aku teros demam panas!Haha
Kisah Tiga
Aku paling benci kalau terjaga malam.
Tambah2 aku tau asrama aku yang SAMURA tu semacam jek.
Ada one night ni aku terjaga tiba2.
Then suddenly dengar cam ada orang ketawa kecil kat tngah2 dorm.
"ahhh sudah!Sapa pulak la yang berani dok tengah2 dorm malam2 buta ni?"
Aku pejammmm jek mata. Memang tak berani la nak bukak.
Then suddenly, aku dapat rasa bulu roma aku naik, and hati aku berdegup2 kencang nak mampos!
Biasala kan, bila da cuak camtu, dan2 la teringat kisah tu,kisah ni
Aku pon ter'recall' psal kawan aku penah cakap yang kalau kita terpikir psal "benda" tu, memang lagi la dia suka datang kat kita and if bulu roma da tegak semacam, memang "dia" dah ada dekat2 kita la tu
Dem!
Perlu la nak ingat kata2 tu sekarang??
"buat bodoh!buat bodoh!", kata aku dalam hati
Ada pulak aku terasa cam kain mengibas2 kat muka aku kan. Memang nak jerit cam orang gila tapi aku diamkan je.
Terus aku pusing secara perlahan tanpa membuka walau semilimeter pon mata,mengadap ke arah kawan aku yang tidur sebelah.
Then aku pon tak tahu aku tertido balik pukul bape mase tu.
Kisah Empat
Memang dah jadi 'hobi' or tradisi dak2 sek SAMURA untuk ada choir competition antara rumah!
Ditakdirkan,rumah Bestari menang competition tu.
Lepas tu semua orang balik,solat Isyak, and ada yang dah tido and ada yang masih berjaga ntuk konon2nya study(contohnya aku)
Dengan hanya beberapa kerat je orang yang masih berjaga, kteorg dapat dengar dengan jelasnya the same song yang budak2 rumah Bestari nyanyi tadi, "dinyanyikan" balik
and it was clearly comes from the same hall tadi.
Semua dah tergamam!
Terus tutup pintu dorm and tak jadi nak sambung study.
Berani ke nak berjaga lagi sambil dengar "lagu" free??
Kisah Lima
Awal2 lagi kteorg da diinform yang bilik sakit(bilik ntuk student2 yang tak sehat kat SAMURA) tu keras!
Masa study week for SPM, aku and geng2 aku decide nak duduk bermastautin kat bilik study aras bawah skali.
Senang nak pegi surau, senang nak g DM, and senang nak tido kejap since bilik study ni betul2 bersebelahan dengan bilik sakit ni.
So bila2 rasa letih,landing je la atas katil dalam bilik tu.
But one thing,kteorg memang tak pernah tido malam kat situ sebagai langkah berjaga2 katanya.
Nak dijadikan cite, this one night,kteorg tertido dalam bilik tu selepas abis discussion(pergghhh~). Keletihan sangat dah la ni and masing2 malas nak naik ke bilik yang terletak kat tingkat atas skali tu.
Then aku terjaga tengah2 malam (dem!da kata dah terjaga tengah2 malam tak elok) and tengok sekeliling kawan2 aku yang lain sume dah selamat tido.
Then aku notice yang asal mata aku je boleh gerak? Kenapa tangan,kaki and seluruh badan aku, aku tak boleh control?
Apa yang pasti,aku terasa kesakitan yang teramat sangat atas badan aku.
Bila aku try panggil kawan aku yang betul2 tido sebalah aku jek, suara aku tak terkeluar jugak!
Dengan segala kudrat, aku melawan jugak!
Entah berapa lama aku struggle nak lepaskan diri pon aku tak tahu.
Tiba2 je aku dah tak rasa pape and aku dah boleh gerakkan badan aku balik~
Aku kena 'hempap'?? Maybe??~
Aku tak tahu!
Just syukur tak terniat nak usha "benda" yang 'menghempap' aku tu. Scary~
#nantikan kesinambungannya~
Monday, March 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 pLus MiNus iDeAs:
seram do~~
haha
bnyk btol kisah scary ko~
Post a Comment