Sunday, August 22, 2010

Nikmat Ramadhan Sebenar

Nikmatnya bila....
Pagi2 bangun terus dapat tengok muka mak abah..dan bersahur sama2~

Nikmatnya bila...
Balik dari sembahyang subuh di surau, dengar abah mengalunkan bacaan Al-Quran dan bertadarus bersama-sama mak

Nikmatnya bila...
Dapat berpuasa bersama mak abah..dan aktiviti siang hari selalunya dihabiskan dengan menolong mak menjahit baju raya dan melihat abah tekun menjahit kain langsir. Pandai betul abah jahit langsir~menolong mak menghabiskan tempahan daripada kawan2. oh, paling penting, baju raya akulah yang pertama sekali mak siap jahit

Nikmatnya bila...
Dapat memasak bersama-sama mak..hari2 sakit kepala sama2 sebab memikirkan kuih apa lagi untuk dibuat..ketayap,puding karamel,karipap sira,roti jala~~~sambil2 masak berkongsi semua cerita semasa di Utp dulu dan masa kecik2 dulu..mak setia betul dengar

Nikmatnya bila...
Dapat berbuka bersama~selama 5tahun di Utp, dah lama tak merasa setiap hari berbuka bersama keluarga

Nikmatnya bila...
Kami bersama2 jalan ke surau untuk sembahyang terawih..kadang2 melihat budak2 kecil masing2 sudah bersedia dengan bunga api di tangan..teringat masa kecik2 dulu,masa mak abah pergi terawih adalah saat paling heaven sekali sebab boleh keluar bermain waktu malam dan selalunya berkumpul dengan kawan2 lain bermain rounders kat satu lorong ni..

Nikmatnya bila...
setiap hari akan sembahyang sebelah mak..kadang2 giliran abah menjadi imam..dan lepas habis je sembahyang, tangan pertama yang disalam adalah tangan mak..walaupun kadang2 riuh dengan kebisingan budak2, tapi membuatkan aku sedar hikmah kenapa mak akan marah kalau kami adik beradik ikut ke surau waktu kecik2 dulu..mak cakap, "kalau tak nak sembahyang, jangan ikut!" rupa2nya mak mengajar kami supaya menghormati orang lain beribadat dan mengelakkan orang lain rasa benci kepada kita..

Nikmatnya bila...
Allah kurniakan semua nikmat tu..dan kita bersyukur dengan segala-segalanya~ Alhamdulillah..inilah nikmat Ramadhan sebenar..


.

4 pLus MiNus iDeAs:

bellabelon said...

hai bella singgah ni hihi~

humairah said...

alhamdulillah..=)

aiza!!!!! ni template aku pakai untuk blog dlu.. hihi.. tetibe rindu kenangan silam..

aizayazid said...

hai bella~timakaseh sbb singgah!!

omay~~wah2!!ternyata kte ade persamaan.heeee

Maria Elena (Zarul) said...

aiza!! gua link blog anda ya!!
oh memang nikmat bulan ramadhan best =D