Borak sakan betul dengan adik aku malam semalam. Ok, sebenarnya all the time kitaorang macam tu. Ada je menda nak dicakap. Aku dan adik aku dua2 mempunyai sifat yang sama iaitu: SUKA BERCAKAP! Kadang2 Abah pon pelik. Abah selalu cakap, "dah kalau dua2 bercakap, sape yang dengar sebenarnya??pelik betul!" Haah~pelik la. haha.
Tapi semalam kitaorang borak2 pasal zaman2 kecik2 dulu..
Tiba2 je ter'flash back' camna celebrate hari merdeka masa sekolah dulu. Semangat yang teramat sangat!! Sumpah tak tipu..
Masa darjah 4, cikgu kelas masa tu, Pn Zaiton. haaaa. amek kau ingat lagi ok nama cikgu! Cikgu garang gila tapi baik sangat2. Dia la yang sungguh masukkan kteorang satu kelas pertandingan koir lagu kebangsaan. Masa tu kteorang pilih lagu BAHTERA MERDEKA. alaaa..lagu yang mendayu2 bukan main tu. yang
"bonda senyum riang~menerima bahtera merdeka~~~ lalalala" (sila abeskan sendiri)
Cikgu reka gerakan tangan siap! Tak cukup lagi, cikgu suruh plak kteorang buat topi yang macam rupa songkok corak2 bendera Malaysia dengan lilitan kain ala2 Miss World corak bendera gak kat badan.. So jadilah kteorang --> budak2 yang macam nak raya+ Miss World+ semangat nak merdeka.
Tapi memang tak sia2 la nebes nyanyi depan perhimpunan depan semua murid2 kan, kteorang menang No 1 ok!! Ape lagi, teruja amat la Pn Zaiton tu~ahaha
Masa darjah 5 pulak, masih aktif masuk mende2 untuk persembahan merdeka ni. Tapi kali ni cikgu kelas suruh berlakon detik2 kemerdekaan pulak! So dengan harapan dapat watak askar ke, tak pon bini PM ke, aku yang masih innocent mase tu, menawarkan diri untuk terlibat sekali walaupon sebenarnya nak buat alasan untuk ponteng2 kelas untuk rehearse. Haha.
Tiba2 dapat pulak watak pompuan kampung yang menderita hidup masa pemerintahan Jepun. Kena berlakon buat2 makan ubi kayu sebab susah kan masa tu. Punyalah innocent abes masa tu sampai dapat berlakon jadi pompuan kampung. Wow!
Masa hari persembahan tu, cikgu bagi daun kering je suruh berlakon macam ubi kayu. Saba je la~ Dah la nebes abes sebab nampak si jantung hati cinta monyet aku masa tu. Tapi dengan muka selamba, aku pon naik pentas berlakon. Nasib baik la menjadi. Haha.
Agak2 budak2 sekarang celebrate lagi tak macam zaman2 aku sekolah ni dulu?? Setakat nyanyi2 lagu merdeka tak semestinya menjamin kita betul2 merdeka and kita mengahayati maksud sebenar merdeka tu sendiri kan??
.
Tuesday, August 31, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 pLus MiNus iDeAs:
haha..aku teringt masa kita kawad dlu2...kat putrajaya..padang ipoh. nice memories tho~
selamat hari raya.. :)
Post a Comment